Thursday, February 17, 2011

peringatan!! + tips

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

  1. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)
  2. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)
  3. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)
  4. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.
  5. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.
  6. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.
  7. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

  1. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.
  2. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.
  3. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.
  4. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.
  5. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.
  6. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)
  7. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.
  8. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.
  9. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.
  10. Panaskan 1 tin sup.
  11. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.
  12. Sandwich sayuran.
  13. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

  1. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"
  2. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.
  3. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.
  4. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.
  5. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.
  6. Jangan kasihan pada makanan.
  7. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.
  8. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.
  9. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

  1. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.
  2. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)
  3. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.
  4. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.
  5. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)
  6. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.
  7. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

  1. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.
  2. Makan di atas meja makan dengan tertib.
  3. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.
  4. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.
  5. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.
  6. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"
  7. Berus gigi selepas makan.
  8. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.
  9. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.
**nk lebey lgi tips diet leh p disini
dlu gemuk...!!

skang da rmping kn..hihihi!!!cntek x??

p/s: sian dak minum susu beracun 2..mninggal da diorng..erm..psni jgn bg budk2 mnum susu ea..kasi mnum teh jer..dpt mngurngkan berat bdn dan mengeratkan hubungan..cm dlm iklan teh 2..hehe

-emao-

4 comments:

Maya Othman said...

K maya suka makan biskut kering Hup Seng, cicah ngan air teh, bahaya nih, mknan x berzat

Kami YaNg CumEL said...

org pun suke..tp biskut hup seng 2 xgemuk la k.maya..hihi..leh kurus..da try da 2...wahaha..

joe jambul said...

x berkahsiat baik telan ajinomoto jer

Kami YaNg CumEL said...

joe jambul: sy xminat ajinomoto..incik joe pnh telan ke???huhu