Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?
- Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)
- Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)
- Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)
- Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.
- Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.
- Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.
- Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)
Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?
- 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.
- Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.
- Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.
- Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.
- Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.
- Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)
- Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.
- Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.
- Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.
- Panaskan 1 tin sup.
- Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.
- Sandwich sayuran.
- Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.
Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?
- Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"
- Makan sedikit sebelum jamuan bermula.
- Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.
- Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.
- Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.
- Jangan kasihan pada makanan.
- Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.
- Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.
- Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.
Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?
- Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.
- Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)
- Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.
- Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.
- Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)
- Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.
- Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.
Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?
- Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.
- Makan di atas meja makan dengan tertib.
- Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.
- Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.
- Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.
- Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"
- Berus gigi selepas makan.
- Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.
- Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.
4 comments:
K maya suka makan biskut kering Hup Seng, cicah ngan air teh, bahaya nih, mknan x berzat
org pun suke..tp biskut hup seng 2 xgemuk la k.maya..hihi..leh kurus..da try da 2...wahaha..
x berkahsiat baik telan ajinomoto jer
joe jambul: sy xminat ajinomoto..incik joe pnh telan ke???huhu
Post a Comment