Saturday, May 21, 2011

kenapa? kerana..

kenapa saya masih sayang dia, walaupun dia sudah tinggalkan saya?

kenapa saya masih sayang dia, walaupun dia sudah buang saya?

kenapa saya masih sayang dia, walaupun dia sudah hancurkan hati saya?

kenapa saya masih sayang dia, walaupun dia sudah pijak-pijak cinta saya?

kenapa saya masih sayang dia, walaupun dia sudah runtuhkan mahligai saya?

kenapa saya masih sayang dia, walaupun dia pergi tanpa belas?

kenapa saya masih sayang dia, walaupun saya menangis, dia pandang dengan penuh kebencian?

kenapa saya masih sayang dia, walaupun dia tidak pernah fikir susah saya?

kenapa saya masih sayang dia?


sebab.


bila dia tinggal saya... saya sedar kelemahan diri saya punca dia pergi..

bila dia buang saya... saya makin dekat dengan Tuhan, dan saya tahu ujian ini untuk saya membaiki diri yang sudah rosak..

bila dia hancurkan hati saya... saya teringat betapa banyak hati dia yang saya hancurkan, tanpa saya sedari..

bila dia pijak cinta saya... saya tahu cinta itu dah lama tak berkembang dan tak dibaja, atas kelalaian dan kealpaan saya, bila di pijak baru saya tercungap-cungap untu bernafas dan cuba bangun

bila dia runtuhkan mahligai saya.. saat tu, ia hanya mahligai kaca, yang pudar sinarnya, hanya tiang cinta yang membuat ia terus berdiri..

bila dia pergi tanpa belas.. saya kenal dia, saya tahu dia berperang dengan diri, mencari kekuatan untuk berlalu..

bila dia pandang saya penuh benci.. itu kerana dia sayang saya, walaupun dia cuba nafikan..

bila dia tak pernah fikir susah saya.. sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan saya..

dan kerana itu, saya masih sayang dia, dan berharap peluang dari Tuhan untuk memperbaiki segalanya, dan saya berusaha.


gambar xde kaitan dengan entry. hanya wallpaper lappy je.


nota lutut: petikan dari..alah..google je.




No comments: