Monday, May 18, 2009

- SaHaBat, FrenShip, BeStFren??? -

Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya maka kita pasti mahu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahkan sebuah erti persahabatan.
Dalam kehidupan harian, perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Walaupun kita tidak terfikir ia akan berlaku namun semuanya adalah di luar kawalan kita. Perubahan besar dalam kehidupan boleh memberi kesan dan menggugat sebuah persahabatan. Ini termasuk perubahan dalam kerjaya, percintaan dan perpindahan rumah. Kita perlu faham hidup ini tidak statik. Perubahan ialah sebahagian daripada realiti dalam hidup. Persahabatan memerlukan flesikbel dan boleh menerima sesuatu perubahan yang berlaku. Perubahan besar yang berlaku sering melibatkan emosi.

Kadang kala kita mahu teman karib berada di sisi kita bila kita menghadapi situasi yang kurang baik seperti dilanda masalah dan sebagainya. Namun, jangan terkejut bila teman itu 'hilang' entah di mana di saat kita perlukan mereka. Jika ada teman baik yang mengecewakan kamu kerana sesuatu perkara, kamu tidak perlu memutuskan hubungan dengannya. Mungkin dia ada sebab musabab mengapa bertindak sebegitu.

Setiap orang ada prinsip dalam hidupnya. Begitu juga dengan persahabatan di mana prinsip memainkan peranan penting. Sering terjadi antara dua teman yang bercanggah prinsip. Sekiranya ada wujud percangghan prinsip ataupun pandangan berbeza dalam persahabatan, kamu perlu meluangkan masa mengkaji di manakah kamu boleh perhaiki keadaan tersebut. Persahabatan kamu akan bertambah kuat jika kamu ada rasa hormat terhadapnya.

Jika mempunyai teman yang terlalu erat hubungan dengamnu memang menyeronokkan. Kamu ada teman yang boleh diharapkan, dipercayai dan dikasihi. Tapi, jika hubungan itu ,sudah sampai ke pringkat yang TERLALU rapat sehinggakan orang lain kata kamu berdua dah macam kembar Siam, kamu perlu lakukan sesuatu!! Mungkin kamu perlu ada identiti tersendiri.
dipetik dr http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_remaja/mengenali_sahabat.htm

Penah ade org ckp/pesan ngn aku... "duk kat u tu, berkawan lah elok2. kat sane tu kawan2 lah yg jd adik beradik kite. kite ssh, kawan2 lah yg paling dekat ngn kite nk mintak tolong. kawan2 lah yg kite cari dulu.so berkawan lah leklok...."
Aku ingt benda tu smpai skrg. Part yg 'anggap kawan mcm adik beradik kite'. Kawan/sahabat ni satu ikatan yg suci. malah lebih suci dr ikatan ngn pakwe/makwe. Ikatan ni xkn putus selagi kite hormat n tau mnjaganye... Kite xkn share semua perkare ngn pakwe/makwe kite...tp kite akan share semua ngn kawan2 kite...


"A true friend is someone who thinks that you are a good egg even though he knows that you are slightly cracked." -- Bernard Meltzer.

Aku bakal keluar dr UMP ni. Aku pasti akan merindui kawan2 aku mase kat cni. I'll miss u all dear... The moment we share together can never be forget. Love u all.











by berry

No comments: